Wednesday, February 2, 2011

muqaddimah buku bidayatul hidayah yg amat menarik~


sudah lama x jenguk blog,, huhu.. rasa nk tulis sesuatu jgk cuti raya cina nie..
takpe la wlaopn sket, kira ok la dpt tulis jgk.. :)

ambe ingin kongsi muqadimmah buku bidayatul hidayah,, walaopn muqadimah ttp amat mantap isi yg ingin di smpaikan oleh pengarang buku ni. Bidayatul Hidayah dikarang oleh al Imam Hujjatul Islam Al Ghazali r.a.


walaopn ambe dop taw byk pasal pngarang ni, tp leh la share skit2 yg taw pasal beliau. tu pn dengar tme dengar kuliah2 maghrb.. :)

hebatnya al hujjatul al imam ghazali r.a ni, even beliau ni hidup hanya dlm lingkungan 55 tahun tp beliau telah hasilkn byk2 kitab.. klo kite lihat kitab2 yg di hasilkan olehnya dop seseuai dengan tahun beliau hidup. sgt byk kitab2 nya..

pada awlnya imam ghazali ni adalah ulama feqah yg tersohor, ttp dia telah beralih kepada ulama' tasawuf selepas kejadian darah haid.

rasanya rmai org tahu pasal cter ni, pada suatu hari,, imam al ghazali solat menjadi imam. apabila dia selesai solat, adiknya (klo x silap) telah menegur dia selepas selesai sahaja solat. dia memberitahu kepada imam al ghazali bahawa dia nmpk darah pada imam al ghazali. adakah engkau ingat tentang msalah haid pada waktu solat? imam ghazali memg memikirkan msalah haid pda solat td. dan apabila dia merenung renung, dia mengambil keputusan untuk menjadi ahli tasawuf. dan kita bleh lihat byk jgak kitab2 tasawuf yg telah di hasilkn olehnya termasuk buku bidayatul hidayah ini.

satu kisah yg sy ingin bawakan tentang al imam ghazali, di mana pada suatu hari beliau ingin ke bandar. dalam perjalanan dia lalu di sebuah madrasah dan mendengar guru mengajar ank muridnya dgn menceritakan dan memuji pasal imam al ghazali. dia mengambil keputusan ntk tidak pergi ke bandar tersebut kerana takut akn permahsyuran beliau. begitu hebat sifat imam al ghazali di mana tkut akn permahsyuran bimbang akn riak dan ujub.

sekarang nk citer skit apa yg di katakan oleh imam al ghazali dlm kitab bidayatul hidayah..


Kata imam al-ghazali: "Di dalam kitab ini saya akan sebutkan 'Bidayatul Hidayah' permulaan jalan menuju hidayah supaya engkau cuba mengamalkan pada dirimu dan supaya engkau dapat menguji hatimu.Seandainya engkau dapati hatimu cenderung kepadanya dan nafsumu mahu mengikut arahannya dan dia dapat memberi perhatian sewajarnya,maka nanti engkau akan sampai kepada "nihayatul hidayah" hingga engkau mampu mengharungi lautan ilmu yang luas itu.Tetapi jikalau engkau mendapati hatimu tidak memberi perhatian kepadanya dan nafsumu suka berlambat-lambat dalam melaksanakan perintahnya maka ketahuilah bahawa kecenderunganmu dalam menuntut ilmu sebenarnya hanya tunduk kepada perintah syaitan yang terkutuk yang mahu menipu engkau dengan bermacam-macam tipu helahnya.Sehingga engkau terjerumus ke dalam jurang kecelakaan.

Dalam muqaddimah kitab Bidayatul Hidayah, Imam Al-Ghazali ada juga menyebut:

"Sesungguhnya engkau jika menuntut ilmu dengan tujuan untuk bertanding kehebatan, bermegah-megah, mendahului rakan-rakan (dalam ilmu), mendapatkan perhatian atau pandangan manusia kepada engkau, atau mengumpul harta dunia, maka sesungguhnya engkau sedang menuju kepada meruntuhkan agama engkau, membinasakan diri sendiri, dan menjual akhiratmu dengan dunia, maka tentu sekali ia suatu urusniaga yang merugikan dan perniagaan yang binasa. Malah guru engkau sendiri yang membantu dalam kemaksiatan engkau serta bersekutu dengan engkau dalam kerugian engkau. Dia seperti seorang penjual senjata kepada penyamun jalanan. Bersesuaian dengan sabda Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam: Sesiapa yang membantu kemaksiatan walau dengan separuh kalimah, maka ia termasuk bersekutu dalam kemaksiatan itu."

Seterusnya Imam Al-Ghazali menyebut pula ganjaran bagi mereka yang mempunyai niat yang betul dalam mencari ilmu dengan kata-katanya:

"Dan jika niat dan tujuanmu antaramu dengan Allah dalam mencari ilmu, adalah untuk mencapai hidayah, bukan semata-mata bermegah dengan riwayat, maka bergembiralah, kerana sesungguhnya para malaikat melebarkan sayapnya ketika kamu berjalan, dan hidupan di laut mendoakan keampunan bagimu dalam setiap langkahmu."

apa yg dapat konklusi dari petikan muqadimmah bidayatul hidayah adalah, cari ilmu jangan sesekali kerana inginkn kemegahan, kemewahan mahupun pangkat kerana smua itu hanyalah membawa kecelakaan kepada kita semua.


"amalan kita tidak mampu untuk menampung kita ke syurga dengan kadar nikmat Allah kurniakan kepada KITA semua, tetapi ia tidak bermakna kita x perlu beramal utk msuk ke syurga. dengan amalanlah ALLAH memberi RAHMAT kepada KITA"


"SENTIASALAH MEMINTA RAHMAT DARI ALLAH KERANA RAHMAT ALLAH MEMBAWA KITA KE SYURGA"

No comments: