Saturday, December 11, 2010

la hawla wala dapat tenangkan jiwa~

La Hawla Wala Quwwata Illa Billah merupakan khazanah daripada khazanah-khazanah Syurga, ia merupakan penyembuh untuk 99 jenis penyakit, sekurang-kurangnya penyakit dukacita, kesedihan dan kerisauan.

Berkata Abdullah bin Masoud r.a, pernah seketika beliau bersama Rasulullah s.a.w. dan dia mengucapkan La Hawla Wala Quwwata Illa Billah. “Baginda s.a.w. bertanya:”Apakah kamu mengetahui maksudnya?”, “Aku menjawab: Hanya Allah dan RasulNya yang mengetahui”


Baginda s.a.w. menerangkan maksudnya:“Ia bermakna tidak ada sesiapa yang mempunyai daya keupayaan untuk memelihara dirinya daripada menderhakai Allah melainkan dengan pertolongan dan perlindungan dari Allah, dan tidak ada sesiapapun mempunyai daya keupayaan untuk mentaati dan beribadat kepada Allah tanpa bantuan dan petunjuk daripada Allah.

Tidak ada daya keupayaan untuk mengelak daripada menderhakai Allah melainkan dengan perlindungan dan pertolongan Allah dan tidak ada daya keupayaan untuk mentaati dan menyembah Allah melainkan dengan pertolongan dan petunjuk daipada-Nya, dan tidak ada tempat perteduhan yang selamat daripada kemurkaan Allah melainkan Allah”

Zikir adalah menyebabkan Allah S.W.T ingat kepada seseorang yang ingat kepada-Nya sepertimana disebutkan di dalam Al-Quran yang bermaksud:
“Kerana itu ingatlah kamu kepada Aku, nescaya Aku ingat pula kepadamu.”
(Surah Al-Baqarah : 152)

Dan diterangkan pula di dalam hadis yang bermaksud :
“Barangsiapa mengingati Aku di dalam hatinya, nescaya Aku mengingati
pula di dalam hati-Ku.”

Di dalam hadis yang lain bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda maksudnya : “Pada hari kiamat orang yang paling beruntung mendapat syafaatku ialah orang yang banyak membaca kalimah ‘Laailaha illallah’ dengan hatinya dan jiwanya iaitu dengan hati yang ikhlas”.

Nabi s.a.w. bersabda maksudnya : “Orang yang membaca ‘Laailaha illallah’ di dalam keadaan penuh keikhlasan di dalam hatinya atau iman bersamaan dengan sebiji barli, maka ia akan dikeluarkan dari Neraka Jahanam. Dan orang yang membaca kalimah ini dan di dalam hatinya terdapat keikhlasan atau iman bersamaan sebesar biji gandum maka ia akan dikeluarkan dari api Neraka Jahanam dan orang yang membaca dengan penuh kebaikan atau iman maka ia juga akan dikeluarkan daripada api Neraka Jahanam”.

Di dalam hadis lain terdapat: Orang yang membaca kalimah ‘Laailaha illallah’ dari hatinya, ia pasti akan memasuki Syurga walaupun ia melakukan dosa seperti berzina dan mencuri, walaupun ia melakukan zina dan mencuri. (Nabi s.a.w. telah mengulangkannya sebanyak tiga kali)

Sumber ketenangan jiwa yang hakiki adalah bersumberkan dari Allah s.w.t. Oleh itu hendaklah kita selalu menghubungkan hati dengan Allah s.w.t. dengan kita berzikir, dalam semua keadaan, baik dalam keadaan senang maupun susah. Perhubungan yang kuat dengan Allah s.w.t. akan membuat jiwa seseorang menjadi kuat, tak mudah diganggu gugat oleh sesiapa pun, apabila hati sentiasa mengingati Allah maka syaitan laknatullah tidak akan dapat mempengaruhi hati dan fikiran kita.

Akhirkata, marilah sama-sama kita amalkan segala perkara-perkara yang boleh mendatangkan ketenangan jiwa seperti di atas, supaya kita sentiasa tenang dan bahagia menjalani kehidupan di dunia dan di akhirat kita pengharapkan rahmat Allah untuk meletakkan diri kita dikalangan oenag-orang yang berjaya dan bahagia.