Thursday, September 3, 2009

BersYukuR kah KitA?!!


assalamualaikum..
sesungguhnya aku adalah hamba yang hina dan kerdil di hadapanMu..

BersYukuR kah KitA?!!

soalan ni memang biasa kita dengar..
spatot nya kita sbagai seorang muslim seharusnya slalu kita tanya pada diri kita sendiri..
bersyukur kah kita akan nikmat yang Allah berikan pada kita??

Masya ALLah, begitu banyak Allah telah limpahkan nikmat kepada manusia..
tetapi manusia jer yang tidak pernah rasa bersyukur akn nikmat yg kta ad..
termasuk diri sy sendiri, sering lupa akan nikmat Allah..


adakah KITA pernah terfikir??

UDARA yang kita sedut selama ini sejak di lahirkan sampai sekarang adaKAh Allah pernah meminta membayar nya?? tidak kan?? tapi mengapa kita amat sukar untuk berterima kasih padanya?? perkataan "ALhamdulillah" itu sudah memadai menunjukkan kita bersyukur atas ape yang Allah berikan.. tp adakah kita selalu lafazkan?? mungkin selepas solat, tu pon klau solat berjemaah.. termasuk lah diri sy, knape agak sukar untuk melafazkan nya wal hal setiap sedutan udara yg kita sedut ni drp Allah.. jika Allah menetapkan syarat untuk menyedut dan menghembuskan udara, sudah tentu manusia akan bermasalah.. tapi sekarang ni, semua FREE, cuma kita je perlu bersyukur atas kurniaanNya... "YA Allah lembutkan lidah ku untuk sentiasa bersyukur pada Mu" terdetik kAH di akal kita??

KITA ni sejak dr lahir telah berada dlam agama yang direstui Allah iaitu agama Islam.. itu lah nikmat yg besar bg kita.. keluar dr perut ibu terus Islam, tp cuba kita lihat yang lahir2 dr bukan keturunan islam.. memang agak sedih.. pernah satu ketika, apabila Rasulullah berjalan dan melihat jenazah bukan islam diusung di tepi nya, tiba2 Rasulullah sedih. sahabat bertanya, kenapa ya Rasulullah?? Rasulullah menjawab " aku tidak menyampaikan dakwah kepada jenazah tersebut". ya ALlah alangkah besar nya nikmat lahir terus dr keturunan agama yang satu2 nya diredhai Allah iaitu agama ISLAM.. Tapi, ramai manakah manusia bersyukur tentang ini, alangkah sedih jika kita lahir dr keturunan bukan ISLAM.. ramai sekarang yang ISLAM hanya pada nama.. adakah kita nk jd seorang ISLAM yang di faktorkan atau ISLAM keturunan shaja??? tiada maknanya!! seharusnya kita hendaklah berusaha mencari keredhaanNya di bumi ini kerana nikmat yang begitu besar telah di berikan kepada kita.. ingat lah, kita berada di alam dunia ini hanya lah sementara..



nIKmat Yang SEntiasa Dilupakan Oleh ManuSIA..

"Daripada Ibnu Abbas r.a katanya; "Sabda Rasulullah s.a.w;"Ramai orang yang lalai terhadap dua nikmat iaitu nikmat sihat dan waktu lapang"(riwayat Bukhari)

manusia sering leka dengan dunia sehinggakan tidak sedar bahawa dia tidak akan mendapat melakukan sesuatu perkara jika Allah tidak memberi kesihatan kepadanya.. kita biasanya akan ingat ALLah dan meminta bantuan daripadanya apabila sakit sahaja... termasuklah diri sya yg hina ini.. mengapa jadi begini?? kerana terikut ikut dengan keduniaan.. hurmm... sepatutnya kita sebagai hamba seharusnya selalu berterima kasih krana diberikan kesihatan yang baik...
mungkin drp 24 jam banyak yg sihat dr sakit, tp berapa lama shj kita ingat kepada ALLAH???

"sama sama lah kita mensyukuri nikmat yang di berikan kepada kita selama ini"

"ya Allah, sesungguh nya kami hamba yang lemah lagi hina dan penuh dengan dosa ini meminta keampunan serta petunjuk dan hidayah daripada Mu, sesungguhnya aku tidak berdaya atas sesuatu kecuali dengan keizinan Mu ya ALlah" ameen...

"LiFe is NotHIng witHouT thinKIng ALlah"




Wednesday, September 2, 2009

MengapA mANusiA sOmboNG??!!


assalamualaikum..
sessungguhnya aku hanya lah hamba yang hina dan kerdil di sisi mu...

mENGApa MAnusiA PErlu soMbonG???

bermula nya manusia dari setitis air mani yang sangat hina..
hina nya air mani sehinggakan manusia sendiri tidak akan mngaku air mani nya kalo ad d mana2 tmpat..

sedarkah kita bahwa kita amat istimewa kerana telah berjaya menumpaskan berjuta2 sperma yang laen semasa ingin bertukar kepada embryo.. selepas itu, roh telah di tiupkan.. sbelum itu, semua umat manusia berjanji akan sembah dan sujud kepada Allah.. tapi setakat mana janji kita???
Manusia memang sering LUPA apabila senang dan mewah.. kenapa manusia tidak terfikir dari mana dia datang dan ke mana dia akn kembali..
tidak laen dan tidak bukan hanya lah ALLAH..

MANUSIA amat sombong pada Nya wal hal dia adalah segala galanya.. jikalau tiada keizinan daripadaNya maka tidak jadi lah apa yang kita mahukan...

kenapa MANUSIA sukar untuk mengingat ALLAH walaupun dalam satu saat??
Cuba kita renung kembali MANUSIA mahukan ALLAH or ALLAH mahukan MANUSIA, sudah tentu kte yang mahukan ALLAH.. Allah tidak mahu apa2 dr manusia, tetapi manusia mahukan sesuatu drp ALLah.. ingat!! Allah langsung tidak hairan dengan ape yg kmu buat tp ingt, setiap perkara akan ada balasan nya.. walaupun kmu melakukan dosa or pahala sebesar zarah..

CUBA kita lihat betapa kerdil dan hina nya KITA di sisi ALLah..
umat manusia yang hidup dr zman nabi Adam sehingga sekarang berapa manusia yang telah wujud.. betapa ramai nya umat manusia.. tetapi adakah kita adalah salah seorang drp manusia yang Allah ingat?? bumi ini adalah satu planet yang kecil berbanding dengan planet lain..
di dalam bumi pula ada berapa ratus buah negara.. dan berapa million manusia?? adakah Allah hairan sangat dengan kita?? kita hanyalah manusia yang amat kerdil di sisiNya.
jangan lah kte sombong dengan ALLah s.w.t kerana kita hanya insan yang hina di sisi Nya..


JIKA MANUSIA LUPA PADA PENCIPTA NYA MAKA BINASALAH... NAUZUBILLAH..
"LiFe is NotHing wiTHout ThinKing ALLAH"