Thursday, September 3, 2009

BersYukuR kah KitA?!!


assalamualaikum..
sesungguhnya aku adalah hamba yang hina dan kerdil di hadapanMu..

BersYukuR kah KitA?!!

soalan ni memang biasa kita dengar..
spatot nya kita sbagai seorang muslim seharusnya slalu kita tanya pada diri kita sendiri..
bersyukur kah kita akan nikmat yang Allah berikan pada kita??

Masya ALLah, begitu banyak Allah telah limpahkan nikmat kepada manusia..
tetapi manusia jer yang tidak pernah rasa bersyukur akn nikmat yg kta ad..
termasuk diri sy sendiri, sering lupa akan nikmat Allah..


adakah KITA pernah terfikir??

UDARA yang kita sedut selama ini sejak di lahirkan sampai sekarang adaKAh Allah pernah meminta membayar nya?? tidak kan?? tapi mengapa kita amat sukar untuk berterima kasih padanya?? perkataan "ALhamdulillah" itu sudah memadai menunjukkan kita bersyukur atas ape yang Allah berikan.. tp adakah kita selalu lafazkan?? mungkin selepas solat, tu pon klau solat berjemaah.. termasuk lah diri sy, knape agak sukar untuk melafazkan nya wal hal setiap sedutan udara yg kita sedut ni drp Allah.. jika Allah menetapkan syarat untuk menyedut dan menghembuskan udara, sudah tentu manusia akan bermasalah.. tapi sekarang ni, semua FREE, cuma kita je perlu bersyukur atas kurniaanNya... "YA Allah lembutkan lidah ku untuk sentiasa bersyukur pada Mu" terdetik kAH di akal kita??

KITA ni sejak dr lahir telah berada dlam agama yang direstui Allah iaitu agama Islam.. itu lah nikmat yg besar bg kita.. keluar dr perut ibu terus Islam, tp cuba kita lihat yang lahir2 dr bukan keturunan islam.. memang agak sedih.. pernah satu ketika, apabila Rasulullah berjalan dan melihat jenazah bukan islam diusung di tepi nya, tiba2 Rasulullah sedih. sahabat bertanya, kenapa ya Rasulullah?? Rasulullah menjawab " aku tidak menyampaikan dakwah kepada jenazah tersebut". ya ALlah alangkah besar nya nikmat lahir terus dr keturunan agama yang satu2 nya diredhai Allah iaitu agama ISLAM.. Tapi, ramai manakah manusia bersyukur tentang ini, alangkah sedih jika kita lahir dr keturunan bukan ISLAM.. ramai sekarang yang ISLAM hanya pada nama.. adakah kita nk jd seorang ISLAM yang di faktorkan atau ISLAM keturunan shaja??? tiada maknanya!! seharusnya kita hendaklah berusaha mencari keredhaanNya di bumi ini kerana nikmat yang begitu besar telah di berikan kepada kita.. ingat lah, kita berada di alam dunia ini hanya lah sementara..



nIKmat Yang SEntiasa Dilupakan Oleh ManuSIA..

"Daripada Ibnu Abbas r.a katanya; "Sabda Rasulullah s.a.w;"Ramai orang yang lalai terhadap dua nikmat iaitu nikmat sihat dan waktu lapang"(riwayat Bukhari)

manusia sering leka dengan dunia sehinggakan tidak sedar bahawa dia tidak akan mendapat melakukan sesuatu perkara jika Allah tidak memberi kesihatan kepadanya.. kita biasanya akan ingat ALLah dan meminta bantuan daripadanya apabila sakit sahaja... termasuklah diri sya yg hina ini.. mengapa jadi begini?? kerana terikut ikut dengan keduniaan.. hurmm... sepatutnya kita sebagai hamba seharusnya selalu berterima kasih krana diberikan kesihatan yang baik...
mungkin drp 24 jam banyak yg sihat dr sakit, tp berapa lama shj kita ingat kepada ALLAH???

"sama sama lah kita mensyukuri nikmat yang di berikan kepada kita selama ini"

"ya Allah, sesungguh nya kami hamba yang lemah lagi hina dan penuh dengan dosa ini meminta keampunan serta petunjuk dan hidayah daripada Mu, sesungguhnya aku tidak berdaya atas sesuatu kecuali dengan keizinan Mu ya ALlah" ameen...

"LiFe is NotHIng witHouT thinKIng ALlah"




1 comment:

Nurhafizu Adha said...

salam ukhwah sahabatku. syukur alhamdulillah kepada Allah yang maha pengurnia nikmat besar yang batin mahupun seni, juga akan Dia mengurniakan nikmat seni yang batin lagi zahir. jagailah iman dan ketakwaan kita, moga mahabbah kita berbunga mekar dengan wanginya sebuah kenangan yang kekal. amin. assalamualaikum